Aku check bag duit, betul2 ada rm5 jer. Aku tengok jam dekat phone, pukul 2:45pm. Okay dah lambat, dang it. Harini jugak aku kena balik rumah. Harini jugak. Orang lain dah balik untuk cuti semester hari Jumaat haritu lagi. Aku jer, apesal entah tak balik2 lagi. Urm. Without wasting any of my priceless time yg dah wasted for two days, aku pun terus gerak pergi bank, kena withdraw duit kalau tidak nak balik macam mana dengan rm5.
Bank dekat campus aku tuh lokasi di tengah2. So, lepas withdraw duit, aku kena cari bus-stop yang berhampiran. Takkan nak patah balik dekat depan bangunan Fakulti Engine tu. Okay tak faham abaikan. Budak UIA maybe faham maksud aku. 5minit fikir, okay dah tahu bus-stop mana, depan bangunan Fakulti Kaed.
Aku berpeluh like hell. Jalan kaki, tengah panas, bawak bag galas, ada ke orang yang takkan berpeluh? Penyakit teruk tu. Okay aku dah nampak bas rapid ! Walaupun aku belum sampai dekat bus-stop tu lagi. Macam mana? Lariiii wanie. Yes, driver bas tu nampak aku. Baik dia, sebab dia berhenti.
''err saya nak pergi terminal putra''. Aku senyum sambil hulur duit sekeping rm50. ''duit tukar takde?''. ''apa nie? Ini bukan bank nak bagi duit baki''. Muka pakcik driver tu sangat merah.
''urmm, takde.'' Aku rasa semacam.
''kalau takde, tolong turun sekarang!''.
Pakcik driver tu brek dan berhenti kan bas tiba2.
....................................................................................... Aku merasai satu perasaan yang jarang2 aku rasa. Aku rasa macam nak menangis. Aku rasa macam aku manusia paling hina kat situ sebab kena maki kena marah tiba2. Aku betul2 takde duit kecil sebab rm5 dalam purse aku tadi aku dah beli topup. Aku betul2 rasa nak menangis. Aku bukan sengaja. Aku tak tahu pun semua orang pakai card, dan semua orang bagi duit seringgit genap2. Aku tengok syiling dalam purse ada, tapi 60sen jer. Aku...aku..aku..okay aku memang dah menangis sikit rupanya.
Aku berada dalam UIA. Tempat dimana banyak manusia yang aku kagumi, yang hidup penuh dengan sifat2 murni. Aku yang masih berdiri dekat tangga, menanti nasib dapat naik ke tidak bas ni, cuba tanya2 dekat budak2 yang berdekatan samaada mereka ada duit tukar atau tak. Dalam waktu yang pahit ada jugak aku rasa sedikit manis, bila aku nampak ramai yang sedang bukak beg duit masing2 untuk check ada tak duit tukar rm50.
Tapi tak ada. Aku berfikir lagi selama 10saat. Tiba2, ada seorang budak, hulur duit satu ringgit sekeping. Aku terkeru. Terkejut terharu. Tambang nak pergi terminal putra tu memang rm1 jer. Okay aku dah bagi duit satu ringgit dekat pakcik driver tadi. Aku lega. Sekarang aku dah layak duduk dalam bas tu.
Aku tak sempat nak ganti balik duit seringgit budak tadi. Sebab lepas je aku duduk, dia turun. Aku sedih sikit. Tapi aku dah doakan dia murah rezeki. Pakcik driver tu mungkin, mungkin sepatutnya boleh cakap baik2, atau maafkan aku budak bodoh yang first time naik bas dia, atau mungkin, mungkin boleh pinjam kan duit seringgit dia dulu... Eh apa aku fikir nie, mungkin dia memang betul2 takde duit langsung dalam beg duit dia.
Ada hikmah terpaksa balik rumah naik bas harini. Aku baru sedar yang aku sedang hidup dalam satu tempat bernama dunia dimana ada manusia yang semakin lupa dengan erti kemanusiaan dan ada juga hamba Allah yang semakin faham apa itu erti kemanusiaan. So, pilih lah.
bye.